fbpx

2 Disember 2020, 2:23 am

  TERKINI

MPK dibenar mensyaratkan tulisan Jawi di premis perniagaan

Norkamawati Kamal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan arahan kerajaan negeri berkenaan dengan syarat penggunaan tulisan Jawi di semua premis perniagaan dalam daerah ini.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, permohonan menerusi Tetuan Gunaseelan & Associates itu meminta pembatalan syarat penggunaan tulisan Jawi di semua papan iklan premis perniagaan dalam kawasan MPK. 

Jelasnya, MPK diwakili Tetuan Rosnah Faisal & Associates manakala responden kedua, kerajaan negeri Pahang diwakili oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang.

“Ekoran keputusan mahkamah ini, tindakan yang dibuat oleh kerajaan negeri dan syarat permohonan lesen premis perniagaan yang ditetapkan MPK berkenaan dengan syarat penggunaan tulisan Jawi adalah sah dan terpakai dari segi undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras dari DAP Chow Yui Hui memfailkan permohonan untuk mencabar ketetapan kerajaan Pahang untuk mewajibkan tulisan Jawi di papan tanda iklan di premis perniagaan di negeri ini.

Yui Hui berkata, permohonan itu difailkan oleh peguamnya M. Manogaran, Jonathan dan Chong Kar Yan di Mahkamah Tinggi Kuantan bagi memohon mahkamah menyemak semula arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri dan MPK. -UTUSAN