Mira Filzah kahwin, pondok bas di Alor Gajah pula jadi 'mangsa' - Utusan Malaysia

Mira Filzah kahwin, pondok bas di Alor Gajah pula jadi ‘mangsa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pondok menunggu bas di Alor Gajah yang pernah tular awal tahun lalu gara-gara Mira Filzah berkongsi gambarnya ketika berada di lokasi tersebut, sekali lagi menjadi bualan ramai.

Bagaimanapun, kali ini kisah pondok bas itu dijadikan jenaka pula oleh netizen yang kononnya kecewa kerana tidak dapat memenangi hati pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu yang baru melangsungkan pernikahannya di ibu negara malam Jumaat lalu.

Pemilik Facebook (FB) Zainal Abu Bakar menulis dia berharap kerajaan negeri Melaka, khusus Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dapat menukarkan papan tanda di pondok bas itu daripada Mira Filzah Was Here kepada Mira Filzah Is Married.

“Sedih hati ini bila terpandangkan pondok bas ini. Hati pun punah ranah.

“Setidak-tidaknya boleh tukarkan papan tanda itu kepada Wan Maimunah Was Here kerana saya pernah turunkan ibu Wan Maimunah di sini,” tulisnya.

Tulisan statusnya itu turut tular dan mendapat lebih 2,000 reaksi serta dikongsi 104 kali selain mendapat lebih 225 komen.

Pondok menunggu bas berkenaan menjadi tular apabila Mira Filzah menerusi Instagram miliknya pada Januari tahun lalu telah berkongsi gambarnya ketika berada di situ.

Disebabkan gambar yang dikongsi Mira Filzah atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, ramai peminat mula mencari pondok bas terbabit untuk bergambar kenangan sebagaimana dilakukan pelakon itu.

Selepas gambar tersebut tular dan menjadi perhatian ramai, pondok terbabit telah dibaik pulih dan dicantikkan semula MPAG yang kemudiannya diletakkan dengan papan tanda ‘Mira Filzah Was Here’ sebagai tarikan.

Tourism Melaka menerusi laman Facebook turut berkongsi beberapa keping gambar yang menyaksikan beberapa kakitangan sedang melakukan kerja-kerja pembaikan.

Dengan sekali lafaz, Mira Filzah sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar, 30.

Mira Filzah dinikahkan bapanya, Badioezaman Ab. Khalik pada pukul 8.58 malam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya