Lelaki mabuk, keluar kata kesat kepada polis ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki mabuk, keluar kata kesat kepada polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan seorang lelaki yang memandu secara mabuk dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis memakan diri apabila dia ditahan di Jalan Batu Nilam 3C, Bandar Bukit Tinggi di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 malam.

Menurut beliau, kejadian dikatakan berlaku apabila sepasukan polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mengesan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Batu Nilam 3 di sini. 

“URB berkenaan telah meminta suspek berhenti namun mengingkari dan memecut laju sejauh kira-kira 30 meter sebelum ditahan polis. 

“Suspek enggan bekerjasama dan menyebut perkataan kesat beberapa kali kepada anggota URB tersebut ketika diminta menunjukkan kad pengenalan dan lesen. 

“Pemeriksaan terhadap suspek mendapati ujian penafasan terhadapnya positif di bawah pengaruh alkohol. Bagaimanapun, tiada sebarang senjata ditemukan dalam kenderaan suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Shamsul Amar, semakan terhadap suspekmendapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. 

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya