Kemenangan di Sabah referendum sokong PM - Utusan Malaysia

Kemenangan di Sabah referendum sokong PM

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, merupakan satu referendum sokongan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kemenangan berjaya dicapai disebalik pelbagai percubaan pihak pembangkang menggugat kestabilan kepemimpinan kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, kemenangan itu sekaligus memberi isyarat jelas rakyat Sabah menyokong segala usaha kerajaan Persekutuan dalam membela kebajikan rakyat dan usaha menjana semula ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

“Bersatu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pengundi  yang telah memberi kepercayaan kepada Perikatan Nasional (PN) bersama rakan-rakan GRS untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu pada PRN Sabah.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua jentera dari parti-parti komponen GRS yang telah bekerja dengan begitu komited dari awal sehingga akhir tempoh berkempen. 

“Kejayaan ini membuktikan kerjasama dan penyatuan yang begitu utuh dalam kalangan rakan-rakan dalam GRS biarpun ia ditubuhkan dalam tempoh yang begitu singkat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar berharap dengan berakhirnya PRN Sabah, ia akan menamatkan kemelut politik di negeri itu.

Menurutnya, kerajaan negeri GRS yang akan dibentuk perlu diberikan ruang untuk memberi sepenuh perhatian kepada usaha membela nasib rakyat dalam keadaan negara masih berperang melawan penularan Covid-19.

“Komitmen Perdana Menteri yang juga presiden Bersatu untuk membantu kerajaan negeri Sabah menunaikan semua akujanji kempen PRN Sabah adalah hadiah yang paling bernilai buat rakyat Sabah di atas kepercayaan yang diberikan kepada wakil-wakil rakyat GRS,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.