fbpx

24 September 2020, 5:21 pm

  TERKINI

Isu pendaftaran PN- Armada buat laporan polis  

HARIZ Faisal Ismail (tengah) menunjukkan laporan polis berkaitan berita palsu Parti Perikatan Nasional tidak berdaftar di IPD Putrajaya di sini, hari ini. Turut kelihatan Timbalan Presiden Geram Gerakan Revolusi Anak Malaysia, Megat Muhammad Faris Megat Ismail (dua kiri) dan Ketua Armada Setiawangsa, Daniel Kusairi (kanan).-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat laporan polis terhadap dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkaitan propaganda penyebaran berita palsu yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). 

Ketua Biro Tugas-Tugas Khas Armada, Hariz Faisal Ismail berkata, dua pemimpin terbabit ialah Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman. 

Menurut beliau, kenyataan kedua-dua individu itu berniat jahat dan cubaan sabotaj terhadap gabungan berkenaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. 

“Kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut memberi gambaran bahawa PN adalah parti politik haram dan  cuba menyertai PRN Sabah melalui saluran tidak sah. 

“Ia juga berniat memberi gambaran bahawa PN serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkomplot melanggar undang-undang-undang negara. Kami mengharap mereka yang mengeluarkan kenyataan mohon maaf kepada PN dan parti-parti di bawahnya, “ katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini semalam. 

Terdahulu, Syed Badli Shah mencetuskan isu berkenaan apabila membuat kenyataan mengenai ketiadaan maklumat pendaftaran PN dalam laman sesawang ROS. 

Shamsul pula kemudiannya meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk menunjukkan bukti kelulusan pendaftaran gabungan  berkenaan yang dikeluarkan secara rasmi oleh ROS kepada umum. 

Walau bagaimanapun, ROS dalam satu kenyataan telah mengesahkan pakatan parti politik itu telah diluluskan di bawah kategori politik selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Mengulas lanjut, Hariz berkata, kenyataan berkenaan juga boleh mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan agensi kerajaan seperti ROS dan SPR sekaligus mencemarkan imej sistem demokrasi Malaysia.

Dia juga tidak menolak kemungkinan bahawa polemik berkenaan sengaja dicetuskan bertujuan untuk memecah-belahkan parti-parti di bawah PN. 

“Saya mewakili seluruh ahli dan kepimpinan Armada  mahu pihak polis menyiasat perkara ini”, ujarnya.-UTUSAN