fbpx

24 September 2020, 4:56 pm

  TERKINI

G3ram gesa Pejuang disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Satu laporan polis telah dibuat oleh Gerakan Revolusi Anak Malaysia ( G3RAM) terhadap parti politik, Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang didakwa belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). 

Laporan dibuat ekoran sebaran dan siaran logo parti berkenaan di laman sesawang www.daftarpejuang.com dan laman Facebook ‘Mukhriz Mahathir FC’ tanpa mengikut proses yang sah seperti ditetapkan oleh undang-undang Malaysia.

Timbalan Presiden G3ram, Megat Mohd. Faris Megat Ismail berkata, perkara berkenaan jelas bercanggah dan melanggar seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan 1966 yang menyatakan mana-mana pihak yang menyiarkan atau menunjukkan apa-apa lambang tanpa kelulusan pendaftar adalah satu kesalahan.

“Saya mahu pihak polis menyiasat sekiranya siaran dan sebaran lambang parti berkenaan di laman-laman tersebut  menyalahi undang-undang. 

“Sekiranya ia salah di sisi undang-undang, saya mahu pihak polis mengambil tindakan,” ujarnya ketika sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam.

Selain itu, G3ram turut menggesa ROS menjalankan siasatan berkaitan isu berkenaan. 

“Saya juga mahu ROS mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan lambang ini,” tegasnya.  -UTUSAN

POPULAR