SPRM dapat izin dakwa Guan Eng - Utusan Malaysia

SPRM dapat izin dakwa Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa dan menuduh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 7, 10 dan 11 Ogos ini.

SPRM dalam satu kenyataan berkata,
Guan Eng akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, esok.

Tuduhan itu bagi kesalahan Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Pada 10 Ogos pula, Guan Eng akan dituduh di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang bagi kesalahan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ini adalah bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang,” kata kenyataan itu malam ini.

Sementara itu, SPRM turut mendapat izin daripada Peguam Negara untuk menuduh Guan Eng bagi kes berlainan iaitu pada 11 Ogos ini.

Guan Eng akan dituduh di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang bagi kesalahan Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya