SPRM ada hak siasat semula kes banglo Guan Eng - Utusan Malaysia

SPRM ada hak siasat semula kes banglo Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Siasatan kes pembelian banglo bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng boleh dibuka semula jika ada bukti baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu bergantung kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia badan penguatkuasaan yang bebas.

Beliau menegaskan, pihaknya tiada halangan untuk perkara itu.

“Tiada halangan untuk membuka semula siasatan sekiranya terdapat ‘fresh evidence’ di dalam kes tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) yang bertanyakan sama ada kerajaan berhasrat membuka semula siasatan kes rasuah melibatkan Guan Eng di Dewan Rakyat, hari ini.

Takiyuddin berkata, bekas Peguam Negara di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Tommy Thomas pada awalnya telah memohon kepada mahkamah untuk pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) dalam kes tersebut.

“DNAA bermaksud tertuduh dibebaskan tanpa dilepaskan dan bukan bermaksud pelepasan sepenuhnya.

“Namun, setelah mendengar hujah pihak Peguam Negara terdapat ‘new lead’ (petunjuk baharu), mahkamah memberikan pelepasan sepenuhnya kepada tertuduh.

“Selepas itu, Peguam Negara tidak lagi membuat apa-apa permohonan rayuan berhubung keputusan mahkamah,” katanya.

Guan Eng sebelum ini dituduh dengan dua tuduhan iaitu dakwaan meminta sogokan atas pertukaran tanah dari status pertanian menjadi kediaman serta pembelian sebuah banglo dengan harga di bawah pasaran.

Beliau juga dipanggil SPRM berkaitan dengan projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Projek itu dirancang semasa Guan Eng menjadi Ketua Menteri negeri itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya