Rasuah: Bekas SU Sulit Mohamaddin Ketapi didakwa - Utusan Malaysia

Rasuah: Bekas SU Sulit Mohamaddin Ketapi didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada seorang bekas menteri, Mohd. Saifullah Mohd. Minggu @ Mohd. Hisham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 18 pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM3.1 juta berkaitan projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan.

Antara rasuah yang diminta dan terima adalah untuk deposit dan sewa rumah di Jalan Kia Peng, di sini.

Mohd. Saifullah merupakan bekas Setiausaha Sulit kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Turut didakwa di mahkamah sama ialah tunangnya, Nurfadziana Abdul Kadir yang didakwa atas satu pertuduhan bersubahat menerima rasuah sebanyak RM232,000.

Wanita terbabit turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.

Hakim Azman Ahmad membenarkan Mohd. Saifullah dibebaskan dengan ikat jamin RM200,000 manakala Nurfadziana dibenarkan jamin RM100,000

Kes pasangan itu akan disebut semula pada 23 September ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya