Penjenayah tinggalkan minuman keras - Utusan Malaysia

Penjenayah tinggalkan minuman keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 20 kotak berisi minuman keras tidak bercukai ditinggalkan dalam sebuah kenderaan di Jalan Forest City, Lebuh Raya Tanjung Pelepas dekat sini petang semalam. 

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, pihaknya percaya kenderaan itu telah ditinggalkan penjenayah terlibat kerana menyedari kehadiran pihak berkuasa di kawasan berhampiran. 

Katanya, pihaknya terdahulu menerima maklumat orang awam berkenaan aktiviti penyeludupan minuman keras pada pukul 1 petang. 

“Selepas membuat pemantauan selama dua jam ke atas sebuah kenderaan yang ditinggalkan, keputusan dibuat untuk menjalankan pemeriksaan terhadapnya.

“Pemeriksaan kemudian mendapati 20 buah kotak besar berisi minuman keras tidak bercukai dengan nilai keseluruhan berjumlah RM33,813,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini. 

Muhd. Zailani berkata, pihaknya kemudian merampas barangan itu dan dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua untuk tindakan lanjut. 

“Nilai rampasan termasuk cukai beserta kenderaan dianggarkan berjumlah RM 53,813.70 manakala kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya. 

Tambah beliau, pihaknya turut menyeru masyarakat membanteras kegiatan penyeludupan serta jenayah maritim dengan menyalurkan maklumat kepada PPM Wilayah Dua melalui talian 072372221 atau 07237222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya