Pengusaha kedai cuba rasuah ditahan - Utusan Malaysia

Pengusaha kedai cuba rasuah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang peng­usaha kedai makan ditahan ke­rana memberi rasuah berjumlah RM200 kepada Pembantu Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan memaklumkan suspek berbuat demikian kerana tidak mahu dikenakan kompaun RM500 atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa kebenaran.

“Suspek berusia 57 tahun dan merupakan rakyat tempatan, beri rasuah itu sebagai dorongan untuk tidak diambil tindakan undang-undang ke atas premis perniagaan milik­nya yang melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 7 (1),” kata kenyataan itu di sini semalam.

Dalam pada itu, kenyata­an sama juga memaklumkan SPRM menahan seorang warga Bangladesh kerana merasuah seorang anggota polis sebanyak RM10,000.

Menurut kenyataan tersebut, suspek yang berusia 46 tahun itu ditahan di pejabat SPRM negeri pada pukul 11 pagi bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan soal siasat, suspek memberi RM10,000 kepada seorang anggota polis sebagai dorongan untuk melepaskan 17 warga asing ditangkap kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” kata kenyataan itu lagi.

Kedua-dua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya