Guna MiChat, WeChat tempah pelacur - Utusan Malaysia

Guna MiChat, WeChat tempah pelacur

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bagi mengelakkan dikesan polis, sindiket pelacuran negeri ini menggunakan perkhidmatan dalam talian iaitu aplikasi MiChat dan WeChat.

Lebih mengejutkan, sindiket atau bapa ayam menggunakan kad pengenalan palsu dan nama samaran ketika menempah serta mendaftar masuk bilik hotel bajet yang menjadi sarang pelacuran.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, menerusi modus operandi baharu tersebut, bapa ayam didapati menyasarkan pelanggan dalam kalangan warga asing.

Katanya, penggunaan aplikasi WeChat dan MiChat membolehkan pelanggan berhubung terus dengan pelacur bagi mendapatkan perkhidmatan tanpa penglibatan orang tengah hingga menyebabkan identiti bapa ayam gagal dikesan.

“Bulan lalu, seramai 299 individu ditangkap menerusi 40 serbuan Op Noda. Daripada jumlah itu, seramai 77 pelacur warga asing iaitu 39 warga Vietnam, 18 dari Indonesia, 13 rakyat Thailand dan empat warga China serta tiga rakyat Filipina.

“Dari awal tahun sehingga kini, seramai 1,053 individu ditahan semasa serbuan Op Noda,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, polis terus meningkatkan pemantauan bagi mengekang aktiviti maksiat dan pelacuran di negeri ini selain mengajak orang awam bersama-sama berganding bahu membanteras kegiatan berkenaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pelacuran atau perjudian di kawasan perumahan mereka, boleh membuat aduan kepada Bilik Gerakan Kontinjen Johor di talian 072254074,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya