Geng Adi potong kabel optik tumpas - Utusan Malaysia

Geng Adi potong kabel optik tumpas

AFZANIZAR Ahmad (dua dari kanan) menunjukkan barang rampasan disyaki digunakan Geng Adi yang ditumpaskan polis di Melaka, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis menahan lapan lelaki berhubung perbuatan khianat terhadap sistem telekomunikasi Telekom Malaysia (TM) di sekitar negeri ini sejak minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, penahanan kumpulan digelar Geng Adi itu membabitkan suspek berusia antara 24 tahun hingga 42 tahun yang bekerja sebagai pekerja kontrak.

Katanya, ia susulan laporan diterima juruteknik TM mengenai berlakunya perbuatan khianat memotong kabel optik yang mengakibatkan gangguan isyarat telekomunikasi di beberapa kawasan sejak 30 Julai lalu.

“Tangkapan suspek pertama berusia 31 tahun pada pukul 12.50 pagi Isnin lalu di rumahnya di Muar, Johor diikuti suspek kedua berusia 25 tahun di Parit Raja, Johor.

“Suspek utama iaitu disyaki ketuanya berusia 42 tahun ditahan pukul 5 pagi di Ayer Keroh bersama sebuah kereta mewah diikuti penahanan suspek keempat hingga lapan selepas itu.

“Semua lapan suspek ditahan reman empat hari bermula tarikh tangkapan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Taklimat prosedur Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Balai Polis Malim di sini, hari ini.

Afzanizar berkata, polis turut merampas tiga kenderaan iaitu Proton Saga FLX, Perodua Alza dan Mercedes serta beberapa peralatan yang disyaki digunakan melakukan perbuatan memotong kabel.

“Kita tidak tolak kemungkinan perbuatan khianat ini berpunca daripada saingan dalam perniagaan kerana semua kabel terbabit hanya dirosakkan tetapi tidak dicuri.

“Dengan tertangkapnya kumpulan ini, kita berjaya menyelesaikan beberapa kes memotong kabel di daerah ini yang dianggarkan membabitkan kerugian anggaran RM500,000 ditangung TM,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya