Empat buah kedai terbakar di pekan Air Mawang - Utusan Malaysia

Empat buah kedai terbakar di pekan Air Mawang

EMPAT premis kedai musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi tadi di pekan Air Mawang, Johol, Kuala Pilah.- Gambar sumber orang awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH : Empat buah premis kedai di pekan Air Mawang, Johol dekat sini musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi tadi.

Premis bangunan yang terbakar itu melibatkan sebuah kedai motosikal, kedai perabut, kedai runcit, dan kedai gunting rambut dengan 80 peratus daripadanya merupakan bangunan kayu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Ahmad Mukhtar menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.59 pagi dan tiba di kira-kira 10 minit kemudian.

Tambahnya, seramai 22 anggota bomba dan penyelamat membantu memadam kebakaran dengan tiga buah jentera masing-masing sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Tampin dan Bahau turut digunakan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya