Ekuiti bumiputera merosot, sesuatu yang membimbangkan - PM - Utusan Malaysia

Ekuiti bumiputera merosot, sesuatu yang membimbangkan – PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kebimbangan terhadap peratusan ekuiti bumiputera yang semakin merosot.

Beliau berkata, peratusan terkini yang dicatatkan adalah kira-kira 16 peratus sahaja berbanding pencapaian yang lebih baik pada masa lepas..

Meskipun begitu, kata beliau, kerajaan memberikan perhatian sewajarnya terhadap perkara itu dan satu inisiatif baharu iaitu Majlis Kemakmuran Bumiputera ditubuhkan.

“Komitmen kita ialah untuk berusaha lebih daripada dahulu. Sebab itu, dalam ucapan yang saya jelaskan tadi ada suatu inisiatif baru umpama Majlis Kemakmuran Bumiputera yang mana dalam majlis ini saya pengerusikan sendiri.

“Kita akan teliti dan halusi sektor-sektor mana yang bumiputera jauh di belakang. Jadi, bila ada data-data lengkap yang dapat kita kumpulkan menerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), maka tindakan kita lebih berfokus,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) berhubung kedudukan pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat tersenarai, syarikat-syarikat tidak tersenarai dan kedudukan agensi-agensi amanah bumiputera.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memberitahu, secara perbandingan, insiden kemiskinan bumiputera adalah 7.2 peratus pada tahun lepas berbanding kaum Cina (1.4 peratus) dan India (4.8 peratus).

Mengenai pengangguran, beliau menjelaskan, kadar pengangguran bumiputera adalah 3.7 peratus pada tahun 2019 berbanding purata nasional iaitu 3.3 peratus.

“Bagi suku kedua 2020, kadar pengangguran bumiputera adalah 5.2 peratus berbanding purata nasional 5.1 peratus.

“Majlis Kemakmuran Bumiputera sebagai platform tertinggi untuk memperkasa pembangunan sosio ekonomi bumiputera. Saya juga telah memutuskan bahawa Teraju menjadi agensi penyelaras utama untuk merealisasikan hasrat ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pagoh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya