Daftar penuntut USIM secara pandu lalu - Utusan Malaysia

Daftar penuntut USIM secara pandu lalu

KAKITANGAN USIM memeriksa suhu badan semasa proses pendaftaran penuntut baharu program Tamhidi di Kolej Kediaman Nilam Court, USIM, Nilai, Negeri Sembilan hari ini.- UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Proses pendaftaran penuntut baharu untuk program Tamhidi bagi sesi akademik 2020/2021 di Kolej Kediaman Nilam Court, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, di sini hari ini dijalankan secara pandu lalu.

Pengarah Pusat Perumahan Pelajar USIM, Mohd. Salehudin Sukur berkata, langkah tersebut bagi mengurangkan kesesakan sekali gus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan pandemik Covid-19.

Katanya, buat pertama kali, pendaftaran penuntut baharu dijadual mengambil masa lima hari sehingga Jumaat ini berbanding kebiasaan hanya satu hari.

“Tahun ini sedikit kelainan apabila pendaftaran dibuat secara pandu lalu iaitu ibu bapa hanya menurunkan penuntut dan mengehadkan mereka masuk ke dalam kediaman,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

USIM menerima seramai 1,339 penuntut baharu program Tamhidi iaitu Perakaunan dan Muamalat 295 orang, Perubatan, Pergigian dan Sains (288 orang), Sains Fizikal dan Teknologi (480 orang) serta Syariah dah Undang-undang sebanyak 276 penuntut.

Mohd. Salehudin berkata, bagi menyekat penularan Covid-19, USIM turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengasingkan penuntut dari dua kawasan iaitu Kubang Pasu, Kedah dan Kuching, Sarawak.

“Kami meletakkan mereka di unit sedikit berjauhan iaitu satu rumah antara tiga hingga empat penuntut dan mereka perlu kuarantin diri selama 14 hari.

“Ahli keluarga tidak perlu risau kerana kita akan memastikan perlindungan terbaik dan mereka berasa selamat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya