Covid-19: Dua kanak-kanak, guru taska dikuarantin - Utusan Malaysia

Covid-19: Dua kanak-kanak, guru taska dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua kanak-kanak dan seorang guru dari Taska Permata Keluarga kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) kini menjalani kuarantin di rumah susulan pulang daripada berhari raya di Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, langkah berjaga-jaga itu diambil susulan dua daripada mereka mempunyai gejala batuk dan selsema walaupun telah disahkan tiada kaitan dengan kluster Sivagangga hasil saringan yang dibuat di klinik kesihatan.

Katanya, proses kuarantin ketiga-tiga individu itu bermula sejak 3 Ogos lalu dengan tujuh hari bagi kanak-kanak manakala guru selama 14 hari.

“Guru berusia 33 tahun yang bekerja di Taska Permata Keluarga di Bukit Perah, Ajil, Hulu Terengganu mempunyai gejala batuk dan selsema, jadi kita minta dia bekerja dari rumah.

“Kanak-kanak itu pula membabitkan taska di Permint Jaya dan di Wakaf Tembesu. Kita ambil tindakan awal dengan meminta kesemua mereka menjalani kuarantin sebelum ke taska,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menurut Hanafiah, mana-mana warga Taska Permata Keluarga perlu mengisi borang rentas kawasan atau negeri sebagai prosedur operasi standard (SOP) dalam memutuskan rantaian pandemik Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya