20 lembu mati bergelimpangan - Utusan Malaysia

20 lembu mati bergelimpangan

ANTARA lembu ditemukan mati di ladang sawit di Lambor Kanan dekat Parit, Perak semalam. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Sebanyak 20 ekor lembu ditemukan mati bergelimpangan di sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Tareh, Lambor Kanan dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, kejadian disedari pengadu yang juga penternak lembu berkenaan selepas diberitahu rakannya berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10 pagi.

“Rakan pengadu memberitahu terdapat beberapa ekor lembu miliknya mati bergelimpangan di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Tareh, Lambor Kanan.

“Kira-kira pukul 2 petang,  pengadu ke lokasi kejadian dan mendapati sebanyak 20 ekor lembu telah mati bergelimpangan dalam keadaan mulut berbuih dan keluar darah melalui hidung. 

“Pemeriksaan yang pengadu jalankan mendapati 19 ekor lembu adalah kepunyaannya manakala seekor lagi belum dapat dipastikan tuan punya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Barudin berkata,  kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan tindakan diambil bagi mengenal pasti punca kematian lembu terbabit.

Beliau berkata, kejadian berlaku di sebuah ladang hak milik persendirian seluas kira-kita 1.6 hektar yang baru ditanam anak pokok kelapa sawit pada April 2020.

Katanya, difahamkan penternak berkenan menternak kira-kira 200 lembu secara lepas bebas dan kerugian akibat kejadian itu dianggarkan RM55,000.

“Siasatan lanjut bersama Jabatan Veterinar masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian samada disebabkan perbuatan khianat, penyakit atau sebab-sebab lain. 

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu melakukan  perbuatan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya