1MDB: Najib gagal batal tuduhan pinda laporan - Utusan Malaysia

1MDB: Najib gagal batal tuduhan pinda laporan

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan pertuduhan membuat pindaan pada laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendapati pertuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu tidak menindas, tidak mengelirukan dan pramatang.

Kes itu sedang dibicarakan dan akan bersambung pada 24 Ogos ini. Seramai tujuh orang saksi telah dipanggil memberi keterangan termasuk bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Najib, 67, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan ke atas laporan itu, untuk melindungi Najib daripada dikenakan tindakan undang-undang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya