Tiga terowong rahsia ditemui di Kuala Perlis   - Utusan Malaysia

Tiga terowong rahsia ditemui di Kuala Perlis  

SURINA Saad melihat terowong rahsia ketika melakukan tinjauan sempadan Malaysia-Thailand, di Kuala Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Tiga terowong rahsia serta sebuah telaga yang ditemui di kawasan hutan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Kuala Perlis di sini, berpotensi menjadi antara laluan baharu aktiviti penyeludupan.

Jika sebelum ini, kawasan Padang Besar dan Wang Kelian menjadi antara laluan utama aktiviti tersebut, tidak mustahil tempat berkenaan bakal menjadi lokasi terbaharu aktiviti itu, selain tempat akses masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui kawasan tersebut dari laut.

Difahamkan, jarak lokasi terbabit dengan sempadan Thailand kira-kira enam meter dan boleh diakses dengan berjalan kaki melalui jalan hutan dengan jarak satu kilometer dari Kampung Wai di sini.

Untuk masuk ke lokasi tersebut, perlu melalui jalan sempit yang berbecak dan berlumpur, bersebelahan sebatang sungai serta mengambil masa kira-kira 25 minit dari beberapa kampung berhampiran.

Penemuan terowong oleh Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) negeri itu hasil maklumat penduduk tempatan yang mengesyaki berlaku aktiviti mencurigakan di kawasan tersebut sejak akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad telah mengarahkan Aksem tidak meninggalkan lokasi itu yang ditemui sejak Mac lalu kerana kawasannya yang agak strategik.

“Kawasan ini dekat dengan sungai, penyeludup atau PATI boleh mengakses ke kawasan itu dari laut melalui sungai atau jalan darat melalui hutan berkenaan.

“Buat masa ini, tiada lagi tanda-tanda yang menunjukkan kawasan itu menjadi transit kepada PATI, namun kita sentiasa berwaspada selain meningkatkan kawalan,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan ke lokasi tersebut di sini, semalam.

Tambah Surina, daripada maklumat awal selepas pasukan Komando Vat 69 (Vat 69) melakukan pemeriksaan di kawasan itu, ia dipercayai dijadikan tapak mencari harta karun.

“Ini berdasarkan terdapat besi yang ditinggalkan dalam terowong tersebut. Menurut Vat 69 terdapat ramai yang menceroboh lokasi itu termasuk wanita berdasarkan barang-barang yang ditemui seperti tuala wanita. Daripada apa yang dilihatkan, kawasan itu sudah ditinggalkan selama setahun,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Surina memberitahu, seramai 14 anggota polis diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari bermula semalam kerana dikesan sebagai kontak rapat kepada seorang banduan yang disahkan positif Covid-19. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya