Tanpa kaki, tangan Khairi sara keluarga - Utusan Malaysia

Tanpa kaki, tangan Khairi sara keluarga

MOHD. Khairi Othman membuat lukah di rumahnya di Kampung Tanjung Pulai, Pekan bagi menangkap udang di Sungai Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Tidak ada sebarang alasan diberikan Mohd. Khairi Othman dalam menunaikan tanggungjawab kepada keluarga walaupun dilahirkan tanpa kedua-dua tangan dan kaki.

Kekurangan itu tidak pernah dijadikan penghalang kepada lelaki berusia 44 tahun itu untuk bekerja menyara isteri, Zaleha Mohd. Nafis, 46, dan anak lelaki, Muhammad Tasnim, 9.

Bagi Mohd. Khairi, dari Kampung Tanjung Pulai di sini, prinsip hidupnya cukup mudah, tiada istilah duduk diam.

“Jika saya duduk sahaja, siapa mahu sara kehidupan saya dan keluarga. Setelah berkahwin pada Mei 2015, saya dan isteri menjual ikan, sayur di kampung. Selama dua tahun kami berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mohd. Khairi berkata, selepas menjual ikan, dia menternak ikan patin sangkar di Sungai Pahang kira-kira 100 meter dari rumahnya.

“Saya mulanya diajak seorang kawan tolong usahakan ternakan ikan, selepas itu dia memberikan satu sangkar kepada saya.

“Bermula satu sangkar, saya kini mempunyai 15 sangkar ternakan ikan dan mendapat lesen nelayan sungai daripada Jabatan Perikanan, semua saya usahakan sendiri.

“Bagaimanapun, pada 2014, kampung ini dilanda banjir besar dan ikan habis mati,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya