PN Kedah yakin tawan semua kerusi Parlimen, DUN - Utusan Malaysia

PN Kedah yakin tawan semua kerusi Parlimen, DUN

MUHAMMAD Sanusi dalam sidang akhbar di Padang Terap, Kuala Nerang, semalam. Pemberita : Zaid Mohd Noor(Utusan) / Foto : Shahir Noordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

PADANG TERAP – Perikatan Nasional (PN) Kedah yakin tawan kesemua 15 kerusi Parlimen dan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam waktu terdekat.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, rakyat di negeri ini menolak Pakatan Harapan (PH) dan menerima baik pemerintahan kerajaan PN di peringkat Pusat dan negeri.

Katanya, peluang PH yang sebelum ini meletak sasaran memenangi lebih tujuh kerusi Parlimen di negeri ini pada PRU-15 dilihat sukar dicapai.

“Sasaran PN menguasai 15 Parlimen dan 36 DUN bersandarkan realiti politik sekarang, orang dah tak boleh terima PH dan sambutan pada PN sangat hebat.

“Jumlah undi yang diterima oleh parti-parti (BN, Pas dan Bersatu), kalau  berdasarkan PRU-14, habislah mereka (PH),” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan negeri dekatKuala Nerang semalam.

Muhamad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, beliau turut mengucapkan tahniah kepada ADUN Alor Mengkudu, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi yang dilantik  sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah yang baharu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya