Najib insan penyabar - Zainal Abidin Sakom - Utusan Malaysia

Najib insan penyabar – Zainal Abidin Sakom

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menjelang hari keputusan sabitan kesnya hari ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sokongan padu daripada Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom.

Dalam sebuah video yang dikongsi pengguna Facebook, Nabeel Naqie semalam, Zainal Abidin memuji Najib sebagai insan yang penyabar dan tenang dalam menghadapi dugaan yang dihadapinya.

“Saya tak pernah tengok orang macam Najib. Ustaz pun tak boleh buat macam tu.

“Sabarnya, tenangnya, istiqomahnya,” kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali itu.

Najib didakwa atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam akaun Facebook milik beliau semalam, Najib berkata beliau bersedia untuk melawan kesnya dalam peringkat seterusnya di Mahkamah Rayuan walau apa keputusan yang akan diumumkan hari ini.

Dalam pada itu, Najib mengucapkan terima kasih kepada Zainal Abidin atas ucapan dan kata-kata semangat yang diberikan kepadanya.

“Sama-sama kita doakan yang terbaik bagi semua,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya