fbpx

5 Disember 2020, 10:02 pm

  TERKINI

Matrikulasi, IPG dibuka Ogos dan September

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat Khas Menteri-Menteri memutuskan Kolej Matrikulasi dibuka semula bulan depan manakala Institut Pendidikan Guru (IPG) pada September ini.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang diluluskan kerajaan sepertimana dicapai dalam mesyuarat itu semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi pembukaan semula kolej matrikulasi, proses pendaftaran dilaksanakan secara berperingkat bermula 3 Ogos hingga 7 Ogos ini.

“Proses pendaftaran kolej matrikulasi ini membabitkan 30,000 pelajar di 15 kampus.

“Bagi mengelakkan tempat pendaftaran diserbu serentak, Kementerian Pendidikan menetapkan pendaftaran secara berperingkat,” katanya dalam laporan harian perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, pembelajaran hanya bermula seminggu selepas proses pendaftaran.

Beliau memberitahu, IPG yang dibuka semula September ini melibatkan 5,000 pelajar baharu dan 8,000 pelajar sedia ada.

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, kata beliau, kerajaan mengambil keputusan membenarkan ibadah korban diadakan di masjid, surau dan kawasan yang dikenal pasti.

Namun, katanya, ia tertakluk SOP ditetapkan termasuk jumlah kehadiran dihadkan kepada 20 orang setiap ekor haiwan.

“Polis akan memantau masjid, surau dan kawasan penyembelihan bagi memastikan SOP dipatuhi.

“Jamuan makan di rumah juga adalah dihadkan kepada 20 orang pada satu-satu masa,” katanya. – UTUSAN ONLINE