Masa untuk UMNO bergerak ke hadapan - Khairy - Utusan Malaysia

Masa untuk UMNO bergerak ke hadapan – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengajak ahli-ahli UMNO bergerak ke hadapan dan melakukan proses rejuvenasi selepas Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak atas tujuh pertuduhan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, keputusan mahkamah itu memberi kesan besar kepada UMNO.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, setiap pihak berhak untuk memberikan sokongan moral kepada bekas Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pekan itu.

“Saya berharap parti UMNO tidak diheret bersekali dalam kes tersebut. Saya yakin ahli-ahli UMNO akan terus setia kepada parti melebihi kesetiaan kita kepada mana-mana individu dalam parti.

“Tibalah masa untuk kita bina semula parti keramat UMNO ini dan untuk kita melihat kepada satu peralihan generasi kepimpinan yang bakal membawa parti ke era baharu” ujarnya dalam blog beliau hari ini. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali mensabitkan Najib dengan tujuh pertuduhan berkaitan  pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya