Tukang perabot didakwa bunuh bekas isteri - Utusan Malaysia

Tukang perabot didakwa bunuh bekas isteri

TUKANG perabot, Oh King Zee didakwa membunuh bekas isterinya di Mahkamah Majistret Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang tukang perabot didakwa membunuh bekas isterinya di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Oh King Zee, 33, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Lelaki itu didakwa membunuh Goh Jing Pei, 27, di sebuah rumah di Taman Ehsan Jaya, Pasir Gudang pada pukul 6 pagi, 15 Julai lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan kerana kes didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 6 September ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Benedict Chong Kai Qi manakala tertuduh diwakili peguam Yap Che Kai.

Dalam kejadian minggu lalu, wanita maut dipercayai dibunuh bekas suaminya di Taman Ehsan Jaya, Pasir Gudang.

Polis menerima panggilan telefon kira-kira pukul 3.20 petang daripada suspek yang memaklumkan wanita meninggal dunia di lokasi terbabit. 

Polis yang tiba di lokasi, menahan lelaki terbabit.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya