Kerajaan PN digesa tangkap Jho Low - Utusan Malaysia

Kerajaan PN digesa tangkap Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa menangkap dalang utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengambil perhatian isu itu berikutan tiada tangkapan terhadap dalang utama skandal berkenaan sehingga kini.

“Saya minta Perdana Menteri ambil perhatian, sekarang bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sudah kena (dijatuhkan hukuman), yang belum kena lagi adalah Jho Low.

“Sampai hari ini, inilah tok dalang (Jho Low) nombor satu yang belum lagi kerajaan tangkap. Dia telah khianati negara ini dengan merompak hasil kekayaan negara dan rakyat,” katanya ketika membahas Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Shamsul Iskandar berkata, pengkhianat nombor satu negara itu perlu diberkas dan sama sekali tidak boleh dibiarkan bebas sehingga dilaporkan berada d Macau, Australia dan bercuti di beberapa tempat.

Dalam pada itu, bangun mencelah, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan, bukan sahaja Jho Low yang perlu ditangkap malah beberapa individu lain yang telah melarikan diri.

“Bukan Jho Low sahaja, ada beberapa orang lagi yang lari, pelbagai bangsa lari akibat menipu. Yang Melayu pun ada, Nik Faisal Ariff Kamil misalnya dan beberapa orang lagi yang lari.

“Semuanya patut dibawa balik ke Malaysia. Tangkap dan pastikan mereka nyatakan apa yang benar,” katanya.

Menurut Shamsul Iskandar, beliau bimbang pemulangan wang daripada syarikat bank antarabangsa, Goldman Sachs kepada kerajaan Malaysia melalui penyelesaian berkaitan kes 1MDB akan melengahkan usaha mengesan Jho Low.

“Jangan kita berlengah lagi. Kita perlu ada kemahuan politik untuk mendakwa mereka. Saya takut bila ada pemulangan wang ini (antara Goldman Sachs kepada kerajaan), kita ambil sikap mengendurkan diri untuk menahan mereka yang sepatutnya ditahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya