Geng Sharul Susu tersungkur - Utusan Malaysia

Geng Sharul Susu tersungkur

AA Anbalagan menunjukkan barangan curi yang dirampas susulan penangkapan dua lelaki di Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN/NOOR HASLIZA NUSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah Geng Sharul Susu yang aktif dalam kes pecah rumah dan curi motosikal di daerah ini.

Suspek lelaki berusia 25 dan 35 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini kira-kira pukul 6.30 petang pada 21 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, penahanan suspek susulan laporan pecah masuk sebuah tadika di Lebuh Sri Genting, di sini kira-kira pukul 8.20 pagi, 20 Julai lalu.

Menurutnya, siasatan polis mendapati pintu besi dan pintu gelongsor bahagian hadapan tadika diumpil dan dua buah komputer riba didapati hilang.

“Susulan laporan, kita berjaya menahan suspek pertama iaitu ‘master mind’ geng itu di tepi Jalan Teluk Bahang manakala rakannya di lokasi berhampiran.

“Pemeriksaan di kediaman suspek kedua telah menemukan barangan kes termasuk rangka serta motosikal dipercayai hasil curi. Suspek mengaku terlibat dalam kejadian curi di sekitar Balik Pulau,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memberitahu, polis percaya dapat menyelesaikan 16 kes jenayah iaitu tujuh kes pecah premis dan sembilan curi motosikal membabitkan kumpulan terbabit.

Kedua-dua suspek yang berasal di sini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, 379 A(1) Kanun Keseksaan serta Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya