Enam bulan moratorium, bank rugi RM6.4 bilion - Utusan Malaysia

Enam bulan moratorium, bank rugi RM6.4 bilion

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menawarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman atau moratorium automatik selama enam bulan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia tetap komited menawarkan perkara itu meskipun industri perbankan dianggarkan berdepan jumlah kerugian pengubahsuaian hari pertama laporan perakaunan Malaysia (IFRS 9) sebanyak RM6.4 bilion sepanjang tempoh moratorium berlangsung.

Beliau menjelaskan, ia bersamaan dengan pengurangan kapasiti bank untuk pemberian pinjaman baharu sebanyak RM79 bilion.

“Sistem perbankan ini dianggar mengalami kerugian IFRS 9 sebanyak RM1.06 bilion bagi setiap bulan tempoh moratorium dilanjutkan.

“Sebanyak 7.7 juta rakyat Malaysia telah memanfaatkan moratorium bersamaan dengan 93 peratus daripada peminjam individu,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan).

Minggu lalu, kerajaan menjelaskan moratorium yang bakal berakhir September ini mungkin diganti dengan bantuan secara lebih bersasar oleh pihak bank.

Tengku Zafrul berkata, bantuan berkenaan adalah dengan cara memanjangkan tempoh bayaran ansuran sekali gus dapat mengurangkan bayaran bulanan.

Kerajaan juga meminta pihak bank mengubah terma dan syarat perjanjian pinjaman serta mengurangkan kadar faedah.  – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya