Conteng mural: Polis buru saspek wanita - Utusan Malaysia

Conteng mural: Polis buru saspek wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis giat memburu dua wanita disyaki terlibat insiden menconteng mural pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya  sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.

“Kita juga telah mengambil CCTV di kawasan sekitar untuk mengesan pelakunya dan akan membuat tangkapan.

“Beri masa kepada pihak polis untuk menyiasat perkara ini dan diharap mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan,” ” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Baharudin, kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 / 427 Kanun Keseksaan yang akan membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Asisten Superitenden Yong Meng Heng di talian 019-5753399 atau balai berhampiran,” katanya.

Terdahulu,, mural beberapa wajah pemimpin termasuk Yang di-Pertuan Agong diconteng dengan semburan cat merah dan perkataan tidak senonoh.

Perbuatan itu menyebabkan kesemua potret wajah pemimpin berkenaan dicat kembali dengan warna putih oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Perbuatan dilakukan individu terbabit disedari pagi semalam oleh seorang pekerja sebuah kedai makanan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya