Bekas banduan ditahan samun warga emas - Utusan Malaysia

Bekas banduan ditahan samun warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN – Polis memberkas seorang bekas banduan disyaki terlibat kes samun warga emas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, lelaki berumur 36 tahun itu ditahan dalam Ops Cantas susulan beberapa aduan kes samun di daerah ini.

Menurutnya, suspek yang berasal dari Putrajaya ditahan di Kampung Pokok Assam, Jalan Sungai Tiang, Pendang dekat sini kira-kira pukul 12.15 malam.

“Lelaki itu mengakui terlibat dalam tiga kes samun melibatkan warga emas di sekitar daerah ini melibatkan kerugian RM22,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, antara barang yang dirampas daripada lelaki itu dua telefon bimbit jenama Vivo dan Oppo.

Sementara itu, katanya, barang kemas yang disamun pula dijual di kedai pajak.

“Lelaki ini juga mempunyai lebih 12 rekod lampau di bawah kesalahan dadah dan jenayah,” ujarnya.

Shahnaz Akhtar berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya