Tikam pelajar: Senjata yang digunakan suspek dibeli secara online

Tikam pelajar: Senjata yang digunakan suspek dibeli secara online

Syabu dalam ekzos
SHAZELI KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Senjata yang digunakan oleh suspek untuk menikam pelajar perempuan hingga maut di sebuah sekolah di Bandar Utama termasuk kerambit dibeli secara online.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, suspek sudah lama membeli senjata berkenaan dan siasatan masih dijalankan platform mana yang digunakan bagi pembelian itu.

“Siasatan mendapati suspek membeli senjata itu secara dalam talian untuk tempoh yang lama.

“Malah siasatan menunjukkan bahawa tiada pemeriksaan dilakukan di sekolah sehingga suspek berjaya membawa senjata-senjata berbahaya itu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Shazeli berkata, siasatan mendapati suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod kes displin sepanjang menuntut di sekolah itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN