'Sokong pembunuhan Charlie Kirk', Trump batal visa enam warga asing - Utusan Malaysia

‘Sokong pembunuhan Charlie Kirk’, Trump batal visa enam warga asing

CHARLIE KIRK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pendukung kebebasan sivil memberikan amaran keputusan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk membatalkan visa sekurang‑kurangnya enam warga asing berkaitan hantaran media sosial tentang pembunuhan Charlie Kirk adalah tindakan kerajaan yang membahayakan kebebasan bersuara.

Pada hari Selasa, Jabatan Negara AS mengumumkan mereka mengenal pasti pemegang visa yang didakwa “merayakan pembunuhan kejam Charlie Kirk.”

Pembatalan visa ini merupakan eskalasi usaha kerajaan untuk menyekat kritikan terhadap Kirk, yang terbunuh bulan lalu. Tindakan ini menyasarkan warga dari Argentina, Afrika Selatan, Mexico, Brazil, Jerman dan Paraguay.

“Anda tidak boleh mempertahankan ‘budaya kita’ dengan merosakkan asas apa yang dibela Amerika iaitu kebebasan bersuara dan pemikiran. Pentadbiran Trump mesti berhenti menghukum orang atas pendapat mereka semata-mata,” kata Conor Fitzpatrick dari Fire. “

Carrie DeCell dari Knight First Amendment Institute menyifatkan pembatalan ini sebagai penapisan secara jelas.

“Mengejek, menyindir sahaja tidak boleh jadi alasan untuk tindakan kerajaan, sama ada pencabutan lesen penyiaran atau visa,” katanya.

Tindakan ini turut menjejaskan warga asing yang hantarannya mempunyai capaian minimum.

Contohnya seorang warganegara Afrika Selatan yang visa dibatalkan kerana hantaranyang cuma mendapat 2,344 tontonan.

Seorang rakyat Jerman pula visa ditarik kerana tulisannya, dalam terjemahan “apabila fasis mati, demokrat tidak mengeluh,” dikategorikan sebagai meraikan kematian Kirk.

Di antara yang terjejas ialah Tiago Santineli dari Brazil, seorang pelawak kiri dan figura dalam talian, yang memuat naik hantaran mengecam Kirk selepas pembunuhan beliau.

Satu hantaran beliau berbunyi: “Charlie Kirk adalah sebab demonstrasi Nazi… Selamat tinggal!” — kenyataan yang digunakan oleh Jabatan Negara untuk membatalkan visa beliau.

Tindakan pembatalan visa ini berpunca dari sistem pengawasan media sosial kerajaan AS yang diperluas sejak 2019. Pemohon visa kini dikehendaki menyatakan akaun media sosial aktif lima tahun lepas.

Arahan baru pada Mac lalu mengarahkan pejabat konsular membuat semakan menyeluruh terhadap kandungan media sosial pelajar, dan menyimpan tangkapan skrin kandungan yang dianggap “merendahkan” atau ancaman keselamatan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN