SETIAP kali musim haji tiba, perhatian dunia tertumpu ke Mekah apabila di sebalik jutaan manusia berkumpul, sebenarnya ia membabitkan satu operasi pengurusan manusia berskala besar dan kompleks. Cabaran itu semakin bertambah bukan sahaja membabitkan soal kehadiran jutaan jemaah tetapi keluar masuk orang ramai pada setiap masa di Masjidil Haram dan perjalanan Hari Wukuf di Arafah. Keadaan tersebut menuntut pelbagai pembaharuan dilakukan seiring perkembangan teknologi dan perubahan zaman bagi memudahkan pergerakan…









