Keseronokan menikmati seni pementasan yang dipersembahkan banyak bergantung kepada sama ada ia karya sastera yang menarik atau cara ia diangkat ke pentas persembahan. Persembahan deklamasi puisi sebagai contoh dilakukan pelbagai cara termasuklah yang terkini secara artistik atau memasukkan elemen lakonan atau menggunakan peralatan tertentu bagi menjadi deklamasi puisi tersebut lebih hidup dan menarik perhatian. Kaedah-kaedah tersebut sebenarnya bertujuan menjadikan persembahan deklamasi puisi lebih menarik golongan muda meminati atau mendekati sastera…










