BEBERAPA isu melanda Perikatan Nasional (PN) kebelakangan ini melonggarkan jalinan kerjasama gabungan parti yang menyasarkan pentadbiran di Putarajaya itu dan boleh tercabut jika tidak kena gaya mengikatnya semula. Demi ‘kelangsungan’ pentadbiran PN, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang terpaksa memanggil mesyuarat tergempar Majlis Tertingginya (MT) antara lain bagi menerima dan mengesahkan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi. Tindakan itu diambil Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN…










