Pelawak, isteri ditahan sebar maklumat IPD Shah Alam

Pelawak, isteri ditahan sebar maklumat IPD Shah Alam

Zayn
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan bekas penyampai radio serta isterinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

Menurut sumber, pelawak berusia 38 tahun dan isterinya, 37, itu ditahan sepasukan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.

“Kedua-dua mereka ditahan pada pukul 7 malam, semalam.

“Polis turut merampas telefon bimbit mereka bagi membantu siasatan sebelum dibawa ke Mahkamah Shah Alam hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tangkapan mereka dan kedua-duanya direman dua hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Terdahulu, tular di aplikasi Telegram berkaitan penulisan membabitkan penyebaran lawatan IPD Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd. Manan ke IPD Shah Alam.

Gambar tular itu sejak beberapa hari lalu turut membabitkan beberapa isu di IPD terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×