Pupuk nilai sederhana, capai sepakat dalam perpaduan Islam

Pupuk nilai sederhana, capai sepakat dalam perpaduan Islam

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nilai kesederhanaan dalam mencapai kesepakatan seluruh umat Islam sangat penting dalam memupuk perpaduan, keharmonian dan menentang kezaliman.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, maka sebab itu persidangan Majlis Ulama Asia ini diadakan bagi mencapai kata putus mengenai perihal berkaitan menerusi perbincangan membabitkan pemimpin-pemimpin negara.

Menurut beliau, dalam hal ini membuktikan bahawa kerjasama dengan pelbagai pihak amat penting bagi tujuan mencari keadilan untuk masyarakat seluruh negara.

“Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesederhanaan yang seimbang dalam aspek agama, memperjuangkan toleransi, mengelak ekstremisme sambil menekankan keseimbangan dalam aspek kerohanian.

“Jadi, kerjasama pelbagai pihak penting dalam meneliti dasar yang diperjuangkan berasaskan nilai kesederhanaan nilai-nilai Islam secara inklusif demi keadilan kepada seluruh masyarakat,” kata beliau ketika berucap merasmikan penutupan Majlis Ulama Asia di Mandarin Oriental, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid dalam masa sama menjadikan Malaysia ketika ini sebagai contoh dalam membangunkan Malaysia Madani bagi memastikan negara terus stabil dan harmoni dari semua aspek.

“Nilai ini bukan hanya untuk rakyat Malaysia, tetapi lebih kepada universal dan memberi aspirasi untuk keamanan dan keharmonian.

“Perpaduan dalam kalangan negara perlu melangkaui luar sempadan, merangkumi perkauman dan perbezaan budaya tanpa diskriminasi berdasarkan warna kulit atau bahasa,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN