Tuanku Aishah Rohani cemar duli ke Majlis Sambutan Aidilfitri USIM - Utusan Malaysia

Tuanku Aishah Rohani cemar duli ke Majlis Sambutan Aidilfitri USIM

TUANKU Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, di sini hari ini. 

Baginda tiba kira-kira pukul 11.30 pagi dan telah disambut Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. 

Turut berangkat Pro-Canselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al‘Abidin Tuanku Muhriz. 

Dr. Sharifudin sewaktu berucap berkata, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM tahun ini adalah dengan tujuan utamanya untuk merapatkan silaturahim di antara semua kakitangan dan tetamu jemputan. 

“Pada masa yang sama, ia sebagai satu bentuk kegembiraan buat umat Islam di Malaysia dalam meraikan hari raya,” katanya.

Bertemakan Tradisi Dirai, Aidilfitri Disyukuri, sebanyak 21 gerai disediakan yang melibatkan penyertaan kesemua Pusat Tanggungjawab (PTj) yang bersama-sama menyediakan lebih daripada 35 juadah dan menu hari raya.

Badan Kebajikan Kakitangan (BKKUSIM) serta Pusat Komunikasi Strategik telah bertindak sebagai peneraju bagi majlis yang dihadiri 2,000 tetamu tersebut.

Pada majlis sama, turut ditayangkan Iklan Raya USIM malah pelakon utamanya iaitu Fauziah Ahmad Daud juga hadir pada majlis itu. Iklan Raya USIM sehingga kini yang telah mencecah 200,000 tontonan di media sosial.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×