Kalau diberi petunjuk, PRN boleh diadakan lebih awal-Hajiji

Kalau diberi petunjuk, PRN boleh diadakan lebih awal-Hajiji

HAJIJI Noor (dua kanan) bersalaman dengan ketua-ketua jabatan pada Majlis Amanat dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri, di Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pilihan Raya Negeri (PRN) boleh diadakan sehingga tamat tempoh penggal pemerintahan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) pada September 2025 atau boleh diadakan pada bila-bila masa.

“Itu pun bergantung kepada Ketua Menteri, kalau-kalau diberi petunjuk atau ilham untuk mengadakan PRN lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya,”.

Demikian kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor semasa Majlis Amanat dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), semalam

Beliau berkata, kerajaan negeri di bawah pemerintahan GRS-PH Plus mempunyai tempoh sehingga September 2025 untuk menghabiskan penggal pentadbirannya.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan, PRN boleh diadakan lebih awal daripada tempoh berakhirnya pentadbiran kerajaan.

Menurut beliau, tidak kira cepat atau lambat PRN diadakan, yang paling mustahak adalah penjawat awam perlu terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini.

Katanya, secara peribadi beliau amat berterima kasih kepada penjawat awam kerana memberi kerjasama yang padu kepada dasar-dasar kerajaan negeri sepanjang tempoh tiga tahun beliau menerajui pentadbiran negeri Sabah.

“Perkhidmatan awam adalah sebahagian daripada jentera kerajaan, di sinilah letaknya nadi atau jentera yang menggerakkan sistem penyampaian kerajaan.

“Cepat atau lambat, efektif atau kurang efektif, efisien atau pun tidak sistem penyampaian kerajaan, semuanya terletak di atas bahu penjawat awam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkaitan keperluan asas rakyat khususnya bekalan elektrik, air, perumahan dan lain-lain.

Beliau berkata, isu kemudahan asas telah menghantui rakyat Sabah sejak sekian lama maka, sejak September 2020, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi menjamin kehidupan rakyat yang lebih selesa.

Antara projek yang sedang dilaksanakan bagi mengatasi masalah keperluan bekalan elektrik dan air di Sabah adalah projek Hidroelektrik Ulu Padas di Tenom yang dijangka siap pada 2029.

Menerusi projek itu, aliran bekalan elektrik akan diperluaskan dengan menghubungkan rantau selatan dan tenggara Sabah sekali gus mencipta rangkaian tenaga yang lebih stabil.

Jelas beliau, projek hidroelektrik tersebut juga mampu menghasilkan 6,000 juta liter air sehari untuk membantu mengatasi masalah air di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×