UTM bangunkan inovasi teknologi AI

UTM bangunkan inovasi teknologi AI

Robot yang dibangunkan berdasarkan teknologi AI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  kini dalam usaha memberi penekanan teknologi robot dengan gabungan kecerdasan buatan (AI) kata  Pengarah pusat penyelidikan, Pusat Kecerdasan Buatan dan Robotik universiti berkenaan,  Prof. Dr. Ahmad Athif Mohd Faudzi.

Kenyataan oleh Pejabat Strategi dan Hal Ehwal Korporat UTM menyebut, teknologi yang dibangunkan ialah X3CATOR iaitu robot tanpa wayar yang membantu pihak bomba dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Robot ini dilengkapi teknologi AI yang membantu pasukan Unit Pengendali Bahan Berbahaya (HAZMAT) melibatkan bahan berbahaya seperti bahan radioaktif dan gas berbahaya ketika operasi SAR.

“Selain itu, kami membangunkan INSPECTO iaitu robot pemeriksaan  yang telah dibangunkan bagi mengesan dan mengenal pasti keadaan kawasan tertutup.

“Robot inI telah digunakan oleh industri seperti MEDIVEST Sdn Bhd dan LOCUS Inspire Sdn Bhd bagi aktiviti inspeksi di sistem saluran pengudaraan bangunan di hospital,” katanya.

Pejabat Strategi UTM berkata, CAIRO juga  memperkenalkan Kenderaan Berpandu Automatik (AGV) iaitu digunakan bagi pengalihan barangan dari satu lokasi ke satu lokasi yang sesuai yang digunakan di kilang pengeluaran peralatan.

“AGV yang dikenali sebagai MCK19 atau ‘Makcik Kiah’ robot yang digunakan sewaktu Covid-19 untuk menghantar makanan dan ubat-ubatan bagi membendung penularan virus dalam kalangan frontliner.

“Bukan itu sahaja, CAIRO juga mempunyai fasiliti Smart Manufacturing Lab yang menggunakan teknologi lengan robotik, dron bagi proses automasi dalam penghasilan produk penggerak robotik,” katanya.

CAIRO komited untuk mengenengahkan penerapan ilmu serta kajian baharu dan berimpak dalam AI dan robotik kepada industri dan masyarakat dalam mencapai matlamat sebagai pusat penyelidikan terunggul dalam bidang robotik dan AI. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya