SPRM tahan tiga penjawat awam lantik ahli keluarga bekal

SPRM tahan tiga penjawat awam lantik ahli keluarga bekal alatan sukan

TIGA penjawat awam diiringi oleh pegawai SPRM di Mahkamah Majistret, Labuan hari ini.-Ihsan SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN: Tiga penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan kerana dipercayai menggunakan kedudukan dan jawatan untuk melantik syarikat milik ahli keluarga untuk membekalkan alatan sukan dianggarkan bernilai RM80,000.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek telah menggunakan kedudukan dan jawatan apabila melantik dua syarikat iaitu salah satunya milik isteri manakala, satu lagi milik adik kepada salah seorang daripada mereka bagi kerja-kerja pembekalan alatan sukan dengan kontrak dianggarkan berjumlah RM80,000.

“Siasatan awal mendapati kontrak ini membabitkan kerja-kerja pembekalan alatan sukan untuk sekolah-sekolah di Labuan sekitar tahun 2018 hingga 2021.

“Ketiga-tiga suspek telah ditahan kira-kira pukul 7 hingga 8 malam semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Labuan dibagi direkodkan keterangan,” katanya.

Susulan penahanan itu, ketiga-tiga penjawat awam berusia 40-an itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 28 Januari.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad selepas permohon dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Labuan, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya