Dua syarikat pengeluar gula beri komitmen atasi kekurangan gula di pasaran - Utusan Malaysia

Dua syarikat pengeluar gula beri komitmen atasi kekurangan gula di pasaran

AZMAN Adam memeriksa bekalan gula di sebuah syarikat pemborong di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Dua syarikat pengeluar gula utama di negara ini memberi komitmen mengatasi masalah kekurangan bekalan gula di Terengganu dan Kelantan sejak Hari Raya Aidilfitri lalu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, dua syarikat terbabit iaitu Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. (CSR) dan MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) telah diarah membekalkan gula secukupnya kepada pihak pemborong di kedua-dua negeri itu.

Menurutnya, KPDN percaya masalah kekurangan bekalan gula termasuk di luar bandar dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu.

Sehubungan itu, katanya, KPDN melancarkan Ops Manis khususnya di Terengganu dan Kelantan bermula hari ini bagi menguruskan isu-isu berkaitan bekalan gula di dua negeri itu.

“Kita dah pernah menghadapi situasi ini (kekurangan bekalan gula) dan kita telah matang untuk menangani isu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas .melancarkan Ops Manis, di sebuah syarikat pemborong di Gong Badak di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan peniaga di daerah ini dan Kuala Terengganu mendakwa bekalan gula semakin berkurangan di pasaran sejak Sabtu lalu.

Azman memberitahu, syarikat pemborong dan pembekal pula diarahkan mengedarkan segera bekalan gula yang diterima untuk mengelakkan pengguna menghadapi masalah mendapatkan barangan keperluan itu.

Menurutnya, terdapat juga pemborong di negeri ini telah mendapat bekalan gula sebelum Hari Raya Aidilfitri, namun masih belum diagihkan.

“Syarikat pemborong dan pembekal diingatkan tidak menyorok bekalan gula sehingga menyebabkan bekalan gula berkurangan di pasaran.

“Tindakan tersebut juga akan menyebabkan berlaku pembelian panik dalam kalangan pengguna,” ujarnya.

Beliau memberitahu, tindakan pemborong dan pembekal menyorok bekalan gula boleh diambil tindaka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya