DALAM landskap politik tanah air, Parlimen Permatang Pauh cukup terkenal dan sering menjadi tumpuan disebabkan ia merupakan kerusi turun-temurun keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak hampir 40 tahun lalu. Namun dalam kalangan penduduk Permatang Pauh, sorotan dan pemerhatian sebegitu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan ketika kebanyakan aspek kehidupan mereka masih jauh ketinggalan. Dari segi pembangunan infrastruktur dan projek mega yang boleh dimanfaatkan rakyat misalnya, Permatang Pauh langsung tidak mampu bersaing…