Seleweng dana jutaan ringgit syarikat pusat urut : 3 wanita direman

Seleweng dana jutaan ringgit syarikat pusat urut : 3 wanita direman

TIGA wanita disyaki menyeleweng dana sebuah syarikat pusat urut terkemuka ditahan SPRM di Mahkamah Majistret. Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga wanita kerana disyaki menyeleweng dana sebuah syarikat pusat urut terkemuka berjumlah jutaan ringgit.

Suspek-suspek berusia lingkungan 50an tersebut terdiri daripada dua pengarah syarikat pembekal minyak urut, manakala seorang lagi merupakan isteri kepada bekas pengarah urusan syarikat pusat urut tersebut.

Menurut sumber, ketiga-ketiga suspek ditahan petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Sumber menjelaskan, mereka disyaki mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran palsu untuk memanipulasikan syarikat antara tempoh 2017 hingga 2019.

“Suspek dikatakan menyeleweng wang tersebut menerusi pembelian minyak urut dengan harga yang tinggi berbanding harga pasaran menerusi syarikat pembekal yang merupakan proksi mereka.

“Pembelian tersebut melibatkan jumlah bernilai RM9 juta. Akibat pembelian tersebut syarikat dikatakan mengalami kerugian anggaran RM1.8 juta,” katanya.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini hingga 17 April dikeluarkan Majistret Puan Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret di sini selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, pihaknya kini sedang mengesan dua suspek utama kes berkenaan iaitu bekas Pengarah Urusan dan bekas Pegawai Kewangan syarikat pusat urut tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya