Lebih 8,000 penduduk terjejas banjir di Kedah

Lebih 8,000 penduduk terjejas banjir di Kedah

PARAS air di sembilan sungai di Kedah yang direkodkan melepasi tahap bahaya sebelum ini berkurang menjadi dua.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bilangan mangsa banjir di Kedah kekal merekodkan lebih 8,000 penduduk dengan Kota Setar mencatatkan jumlah tertinggi daripada lima daerah yang terjejas.

Setakat pukul 5 petang semalam, seramai 8,037 orang dipindahkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih aktif.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang baru tiba ke tanah air dari Jepun selepas mengadakan la watan kerja bergegas ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau dan PPS Maahad Tarbiyah Islamiah Derang di Pokok Sena, malam kelmarin. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, beliau turut menziarahi mangsa banjir di PPS SMK Tanah Merah dan PPS De wan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah di Pendang yang turut terjejas banjir. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata, Kota Setar kekal mencatatkan pening katan mangsa daripada 5,093 mangsa kepada 5,144 orang. “Mangsa yang terdiri dari pada 1,677 keluarga berada di 19 PPS yang dibuka sejak Selasa lalu dengan Stadium Sultan Ab dul Halim menempatkan mangsa teramai iaitu 640 penduduk.

“Sementara di Pendang, jumlah terkini adalah 1,548 orang yang berkurang sedikit daripada 1,581 mangsa di 10 PPS di daerah itu dan 740 mangsa di Kubang Pasu berbanding 1,001 orang pagi ini (semalam),” katanya di sini, semalam. 

Dua lagi daerah yang terjejas iaitu Pokok Sena dan Bandar Ba haru turut merekodkan penurunan jumlah mangsa dengan masing-masing 485 dan 120 mangsa setakat ini. 

Dalam pada itu, paras air di sembilan sungai di negeri ini yang direkodkan melepasi tahap bahaya sebelum ini berkurang menjadi dua iaitu Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar. 

Sungai Anak Bukit di Taman Aman mencatatkan bacaan 2.95 meter (m) melepasi paras ba haya 2.6m. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini