PERTAMBAHAN angka usia menyebabkan jelapang wajah tidak dapat lari daripada dihinggapi garis halus sekitar mata dan penjuru bibir. Mulus wajah remaja kini berganti kering dan kusam.
Namun, mengembalikan keremajaan wajah, tidak mustahil untuk dilakukan.
Selain mengubah gaya hidup lebih sihat dengan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan menjadikan senaman sebagai rutin harian, rutin penjagaan wajah usah diabaikan.
Produk khusus anti penuaan daripada Laboratoires Filorga yang kini berada di pasaran tempatan, membantu memadam tanda penuaan seawal tujuh hari.
Jenama ini diasaskan doktor estetik Perancis iaitu Michel Tordjman pada pada 1978. Beliau yang menjalankan penyelidikan mengenai penuaan kulit dan menemui polyrevitalisation. Ia berupaya meremajakan kulit dengan mensasarkan lima tanda penuaan iaitu mengembalikan kesegaran kulit, menyamaratakan warna kulit, mengecilkan saiz pori, tingkat penghidratan kulit dan kelegaan mikro.
Bahan unik ini turut mengandungi lebih dari 50 bahan aktif seperti vitamin, asid amino, koenzim dan antioksidan.
Bahan ini mampu mengaktifkan semula aktiviti sel dalam untuk mengembalikan kualiti yang luar biasa pada kulit. Bahan aktif ini diserap masuk jauh ke dalam kulit melalui chronospheres iaitu microscopic vector yang berlapis-lapis. Ramuan itu menjadi kegilaan ramai wanita, justeru tidak hairanlah apabila jenama asal Perancis itu kian bertebaran di negara Asia termasuk Kuala Lumpur.










