Iran teruskan program peluru berpandu - Utusan Malaysia

Iran teruskan program peluru berpandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, berikrar Teheran tidak akan sesekali menghentikan program misilnya atas alasan keselamatan memandangkan musuh utamanya, Israel, mampu menjatuhkan misil ke Gaza setiap hari.

Katanya, beliau tidak akan tunduk kepada desakan Barat yang mahu Iran mengehadkan program misilnya.

“Jika kami tidak mempunyai misil, Israel boleh mengebom kami bila-bila masa mereka mahu, sama seperti di Gaza,” katanya dalam sidang akhbar. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau pada masa sama, turut mengulangi pendirian rasmi Teheran, menyeru komuniti antarabangsa untuk terlebih dahulu melucutkan senjata Israel sebelum membuat tuntutan yang sama kepada Iran.

Mengenai hubungan Iran dengan Amerika Syarikat (AS), Masoud berkata, beliau sedia mengadakan perbincangan dengan Washington sekiranya negara itu sedia menghulurkan tanda persahabatan dengan Teheran.

“Kami tidak bermusuhan dengan AS sebaliknya Washington perlu berhenti memusuhi kami. Kami juga bersaudara dengan rakyat Amerika,” katanya.

Selepas memegang jawatan pada Januari 2021, Presiden AS, Joe Biden cuba berunding dengan Iran berhubung program nuklearnya dengan Teheran bersetuju mengehadkannya sebagai balasan untuk melonggarkan sekatan AS, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Namun, Teheran menolak untuk berunding secara langsung dengan Washington dan lebih banyak mengadakan dialog menerusi perantara Eropah atau Arab.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini