Hidung lebih mancung sebab pernah dibedah - Utusan Malaysia

Hidung lebih mancung sebab pernah dibedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fadlan Hazim, 32, memaklumkan dia sebelum ini pernah menjalani pembedahan untuk membetulkan struktur hidungnya.

Katanya, pembedahan itu bukanlah untuk tujuan kosmetik, sebaliknya membetulkan tulang yang patah akibat kecederaan yang dialaminya ketika remaja.

“Ramai juga yang bertanya tentang perkara ini. Mungkin ada yang hairan sebab dalam kalangan ahli keluarga, hidung mereka tak mancung macam saya.

“Sebenarnya, ketika usia saya 15 tahun, hidung saya pernah dua kali patah. Pertama ketika bermain bola keranjang dan Kedua semasa pertandingan Taekwando.

“Disebabkan itu, dulu hidung saya juga dibedah dan mungkin, bentuknya yang mancung sekarang kerana pembedahan tersebut,” kata Fadlan.

Pelakon ini berkata demikian semasa ditemui pada majlis pembukaan Elitez Gym di Mont Kiara, baru-baru ini.

Fadlan dalam pada itu memaklumkan kecederaan yang dialami sebelum ini tidak membuatkan dia serik untuk menyertai seni mempertahankan diri.

“Seni pertahankan diri bukan untuk bergaduh. Tapi untuk melindungi diri kita daripada perkara merepek.

“Seni ini membuatkan kita lebih berdisiplin, boleh tanggani depresi dan masalah baran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×