Saya tak masuk campur urusan peribadi Fattah – Suzana

Saya tak masuk campur urusan peribadi Fattah – Suzana

FATTAH dan FAZURA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakan pe­nyampai audio siar (podcast) Fattah Amin And Friends (FAAF), Suzana Sukaimi, 37, mengakui berurusan dengan pelakon dan penyanyi tersebut melibatkan soal kerja sahaja.

Suzana berkata, dia tidak pernah mencampuri hal peribadi Fattah apa lagi menyentuh me­ngenai urusan rumah tangganya dengan Fazura.

“Maaf, saya tak masuk campur urusan peribadi Fattah. Sepanjang mengendalikan podcast tersebut, kami hanya bercakap mengenai kerja.

“Bila berbincang pun soal kerja dan pengisian podcast kami sahaja. Lebih daripada itu, tidak pernah. Kami profesio­nal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut Suzana, dia juga menganggap Fattah sebagai seorang rakan selebriti yang mempunyai banyak idea bernas terutama dalam mengangkat isu atau topik berkaitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi perkongsian di podcast mereka.

“Apa yang saya hormati Fattah, dia ada inisiatif untuk menghasilkan podcast ini de­ngan perkongsian mengenai pasukan badan beruniform se­perti tentera terutama sepanjang bulan patriotik ini.

“Saya dipilih sebagai rakan penyampai kerana latar belakang saya sebagai anak bekas tentera dan boleh berkongsi cerita me­ngenai isu tentera manakala Fattah sendiri pun merupakan anak bekas anggota polis.

“Saya juga melihat usaha dilakukan oleh Fattah ini mampu membantu memartabatkan lagi ATM menerusi perkongsian di dalam podcast ini sebab tak ramai anak seni yang mahu meng­angkat topik sebegini,”katanya.

Sebelum ini timbul spekulasi berhubung rumah tangga Fattah dan Fazura yang kini hangat menjadi bahan bualan ramai di media sosial.

Malah menerusi akaun Instagram masing-masing, warganet juga mengesyaki wujud kegoyahan rumah tangga mereka memandangkan tiada lagi gambar Fattah dan Fazura bersama sejak kebelakangan ini.

Sehingga kini, Fattah dan Fazura juga terus mendiamkan diri mengenai teka-teki tentang status mereka sebagai suami isteri menyebabkan ramai dalam kalangan peminat dan pengikut hadir dengan pelbagai spekulasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×